Liga Futsal Kebangsaan

Pada tahun 2004, Persatuan Bola Sepak Malaysia buat julung kalinya memperkenalkan liga futsal yang dipertandingkan secara karnival. Kejohanan yang ditaja oleh Hyundai ini juga telah dikenali sebagai Hyundai Kejohanan Futsal Kebangsaan. Kejohanan ini seterusnya disertai 18 pasukan dan kejohanan telah dilangsungkan di Sports Planet Ampang.

Pada tahun 2006, liga ini dinamakan kejohanan Futsal Kebangsaan Celcom selepas Celcom mengambil alih tanggungjawab sebagai penaja utama. Untuk kali ini format mengikut zon diperkenalkan dimana kejohanan secara karnival ini dilangsungkan di Zon Utara, Tengah, selatan dan timur. Sebanyak 33 pasukan bertanding untuk kejohanan .

Akhirnya pada tahun 2007, FELDA telah mengambil alih sebagai penaja rasmi dan dipanggil sebagai FELDA / FAM Liga Futsal Kebangsaan. Untuk rekod, Kategori wanita telah diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Liga Futsal Kebangsaan ini telah menyaksikan 7 juara yang berbeza . KL Figos RSA FC menjadi kelab pertama yang memenangi gelaran Liga Futsal Kebangsaan sebanyak dua kali, di musim 2008-09 dan 2009-10. Pasukan Selangor pula mencipta sejarah apabila mencipta ‘double’ pada tahun 2010 setelah pasukan lelaki dan wanita menjuarai kejohanan pada tahun 2010

Pasukan

Liga

Penaja

 

Ingin menjadi salah satu penaja Futsal Selangor? Sila hubungi kami di futsalselangor@gmail.com. Kami akan merujuk kepada anda semula secepat mungkin.

Hubungi Kami

Sila isi borang pertanyaan dibawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan kepada kami. Segala cadangan juga akan diterima. Atau anda boleh hubungi kami di saluran media sosial pilihan anda dan hantar mesej kepada kami. Kami akan merujuk kembali kepada anda secepat mungkin.


FA SELANGOR
Tingkat 1-28, Yayasan FAS Business Avenue,
SS7 Jalan Perbandaran 47301 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan
+603 7803 7054
+603 7803 6654
futsalselangor@gmail.com